Newsroom

CelcomDigi adalah syarikat telco pertama yang menawarkan pengalaman internet terpaling laju untuk perniagaan dengan penggunaan penyelesaian ‘Fibre-to-the-Room’

August 21, 2025

PETALING JAYA, 21 Ogos 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”), dengan kerjasama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (“Huawei Malaysia”), hari ini melancarkan penyelesaian Fibre-to-the-Room Business (FTTR-B) bagi memantap keterhubungan perniagaan di Malaysia. Diperbolehkan oleh teknologi termaju dan perkakasan prestasi tinggi Huawei, penyelesaian pertama seumpamanya di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara ini mengetengahkan rangkaian stabil dan konsisten, kekuatan isyarat lebih kuat, perantauan dalaman yang lancar – memastikan semua bisnes nikmati keterhubungan berkelajuan tinggi di segenap ruang premis masing-masing.

Pelancaran ini hasil kejayaan pengenalan syarikat kepada penyelesaian FFTR konsumer bagi isi rumah Malaysia pada Oktober tahun lepas. Meningkatnya operasi bisnes meliputi pembayaran dan pendaftaran pencukaian kepada inbois dan khidmat konsumer dilaksana secara dalam talian, maka bisnes perlu keterhubungan yang lasak dan boleh diharapkan supaya sentiasa kekal tangkas, kompetitif, dan siap siaga ke hadapan. Penyelesaian FTTR-B CelcomDigi menemui keperluan yang semakin mendesak terhadap keterhubungan berterusan, memboleh perniagaan Malaysia beralih sepenuhnya kepada pendigitalisasi dan beroperasi dengan lebih efisyen di dunia ekonomi terhubung hari ini.

Kelajuan Tinggi di Semua Bilik Pejabat

CelcomDigi Business Fibre menghidangkan serangkaian pelan fiber sesuai bagi sebarang jenis dan saiz perniagaan. Promosi khas kali ini ialah FTTR-B 1Gbps bundle hanya RM299/sebulan dengan yuran sekali-sahaja RM180—bernilai RM2,900 siap pasang percuma—membawa kelajuan maksimum ke segenap pelusuk tempat kerja.  

Disematkan dengan teknologi terkini WiFi 7, penyelesaian FTTR-B CelcomDigi memberi keterhubungan ultra laju yang boleh dipercayai dengan pendaman rendah dan kapasiti lebih besar bagi perhubungan peranti secara serentak sesuai untuk aplikasi lebar jalur tinggi seperti kolaborasi cloud, striming 4K/8K, automasi pejabat pintar, and operasi AI. FTTR-B juga mengguna kabel optik fiber bagi menjamin kelajuan gigabit di segenap ruang tanpa hilang isyarat, memboleh perantauan lancar dan prestasi bebas sesak. Boleh dilaras mengikut saiz bisnes, ia disediakan dengan ciri pintar seperti rangkaian berasingan untuk tetamu dan kakitangan, keselamatan utuh, ketersediaan WIFI 7, dan kapasiti hadapan terbukti melangkaui 2Gbps.  

Pilihan menepati keperluan bisnes

CelcomDigi juga menawarkan penyelesaian FTTR-B ikut tempahan terurus sepenuhnya serasi dengan keperluan unik perniagaan. Opsyen ini memboleh perniagaan berurusan dengan pasukan perusahaan CelcomDigi yang berdedikasi untuk merekabentuk rangkaian ikut tempahan, dari tahap perancangan hingga kepada sokongan on-site dan pemantauan prestasi proaktif, sekaligus memastikan liputan optimal dan kesinambungan operasi merentasi sekitaran yang kompleks.

Ketua Pegawai Perusahaan Perniagaan CelcomDigi, Ts. Afizulazha Abdullah berkata, “Keterhubungan adalah pengupaya bagi setiap aspek bisnes hari ini. Dengan bercambahnya fungsian kritikal kini yang berpaut kepada platform digital, maka bisnes perlukan liputan yang laju, stabil, dan konsisten di segenap sudut operasi, sama ada ketika melayan pelanggan, mengurus sistem belakang (back-end), atau menentukan pasukan saling berhubung. Penyelesaian FTTR-B melangkaui lebih daripada kelajuan penyampaian, ia memperhalus bagaimana keterhubungan itu menyokong bisnes, memasti setiap bahagian berfungsi dengan prestasi terpuncak dan dilengkapi kemampuan untuk maju di dunia digital masa hadapan.”

Kerjasama CelcomDigi dengan penyedia teknologi terunggul seperti Huawei menggabung kemampuan rangkaian kuat dengan perkakas termaju yang boleh dipercayai, bagi menyampai prestasi konsisten yang berkelajuan tinggi untuk bisnes, menemui permintaan hari ini yang berkelajuan tinggi dan membolehkan mereka beroperasi secara efisyen dan mampu menerjah lebih terkehadapan dalam ekonomi digital.

Zac Chow, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Pengendali, Huawei Malaysia berkata, “Kami komited untuk memperkasa bisnes Malaysia dengan penyelesaian inovatif fleksibel yang mengatasi keterbatasan rangkaian tradisional sambil memacu keberkesanan dan pertumbuhan. Pelancaran penyelesaian FTTR-B memboleh bisnes memanfaati keterhubungan lancar berkelajuan tinggi yang dapat menyesuai diri dengan keperluan masing-masing, dan memastikan prestasi stabil dan boleh dipercayai bagi memajukan produktiviti di era digital ini.”

Syarikat mengumumkan pelan baru CelcomDigi Business Fibre di restoran La Casa Leal, restoran pertama negara yang menerajui penggunaan penyelesaian FTTR-B CelcomDigi. Berikutan pelancaran yang berjaya itu, CelcomDigi yakin dapat memperluas penggunaan FTTR-B di seluruh negara dan dapat memperkasa lebih banyak bisnes untuk menguasai keterhubungan berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai bagi menyokong operasi lebih lancar dan memberi pengalaman lebih bagus kepada pelanggan.

Para usahawan dan bisnes boleh berdaftar dengan pelan Business Fibre CelcomDigi menerusi laman web kami atau dengan berkunjung ke cawangan peruncitan kami di seluruh negara.