

Kerjasama ini memperkenalkan MediRover dan MediDoc demi memajukan penjagaan kesihatan untuk manfaat komuniti yang memerlukan.
KUCHING, SARAWAK, 1 November 2025 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (HPUNIMAS) hari ini merakam detik bersejarah dalam transformasi penjagaan kesihatan Sarawak dengan melancarkan MediRover dan MediDoc, dua solusi inovatif yang direka untuk memudahkan akses penjagaan kesihatan kepada komuniti yang lebih memerlukan di seluruh negeri Sarawak. Pelancaran ini dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof di HPUNIMAS, Sarawak.
Memajukan penjagaan kesihatan untuk manfaat komuniti di Sarawak menerusi telekesihatan
Geografi Sarawak yang luas lagi beragam lokasi penduduk mejadikan akses penjagaan kesihatan satu cabaran besar. Ramai dalam kalangan komuniti negeri ini terpaksa membuat perjalanan yang memakan masa berjam, bahkan berhari untuk berkunjung ke klinik kesihatan terdekat. Maka MediRover dan MediDoc dibangunkan untuk merapatkan jurang penjagaan kesihatan dengan menggabung inovasi digital, rangkaian mudah alih, dan kepakaran perubatan demi mendekatkan orang ramai kepada penjagaan kesihatan.
MediRover adalah klinik bergerak yang lengkap dengan kesalinghubungan 5G dan satelit CelcomDigi bagi menawarkan khidmat doktor perubatan secara maya, diagnostik, dan pemantauan jarak jauh ke kawasan pedalaman. Pendekatan yang berpotensi berkembang lagi ini membolehkan konsultasi secara maya yang terjamin bersama pakar perubatan, diagnostik janaan AI bagi mendapat pengamatan berteras data secara lebih cepat serta pemantauan pesakit dari jarak jauh bagi penjagaan yang berterusan.
MediDoc menubuhkan “Klinik Angkat” kepada komuniti pedalaman, membolehkan petugas penjagaan kesihatan barisan hadapan mendapat nasihat daripada pakar HPUNIMAS secara nyata. Dengan mengintegrasi teleperubatan, pengimejan mudah alih, peranti boleh pakai dan alat latihan interaktif, MediDoc membantu mengurangkan perjalanan pesakit, memendekkan masa menunggu, dan memperkuatkan kapasiti klinikal dalam kemudahan penjagaan kesihatan pedalaman.
Menerusi kerjasama ini, CelcomDigi dan HPUNIMAS menunjukkan bagaimana teknologi, penyelidikan dan inovasi boleh digabungkan untuk penjagaan kesihatan yang lebih mudah diakses oleh setiap rakyat Malaysia. Inisiatif ini juga mencerminkan wawasan CelcomDigi yang lebih luas untuk memperkasa masyarakat menerusi inovasi dan sokongan kepada perjalanan negara ke arah masa depan digital yang diupaya oleh 5G-AI.
Impak telekesihatan terbukti di Sarawak
Sebelum pelancaran rasmi ini, MediRover telahpun dikerah menyalurkan perkhidmatan kepada lebih 30 lokasi gersang bagi memanfaati 8,000 masyarakat Sarawak. Projek-projek bukti konsep telekesihatan MediDoc juga telah dilaksana dengan jaya di Ulu Skrang, Long Busang Belaga, dan Lubuk Antu di bawah program KPT Prihatin MADANI, yang sekaligus mensahihkan potensi penjagaan kesihatan digital dipersekitaran pedalaman.
YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah berkata, “Bentuk muka bumi Sarawak yang unik telah sekian lama menjadikan penjagaan kesihatan sesuatu yang mencabar, terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan jauh di pedalaman. Apa yang kita saksikan hari ini ialah satu langkah ke hadapan dalam menentukan penjagaan kesihatan itu sampai kepada setiap rakyat Malaysia, walau betapa jauh lokasi mereka. Dengan mengambil manfaat daripada kesalinghubungan digital, kita membolehkan penjagaan kesihatan yang lebih pantas, bijak dan inklusif untuk Sarawak. Kolaborasi antara CelcomDigi dan HPUNIMAS menunjukkan bagaimana inovasi dan kerjasama sepakat boleh memajukan khidmat masyarakat dan memperkasa komuniti selaras dengan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13.”
Di bawah RMK13, RM40 bilion diperuntukkan untuk membaiki dan memantapkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia, termasuk membangunkan platform digital bagi berkongsi maklumat kesihatan dan menyepadu klinik dengan hospital kluster. Menjelang 2030, 60% rakyat Malaysia dijangka mempunyai rekod kesihatan digital, sekaligus menandakan peralihan seluruh negara ke arah penjagaan kesihatan berteras data dan kesalinghubungan.
Mengulas tentang perkembangan ini, Ketua Pegawai Inovasi CelcomDigi, T. Kugan, berkata, “MediRover dan MediDoc menunjukkan bagaimana kita boleh mengguna 5G, AI, dan kesalinghubungan satelit bagi mendekatkan jarak antara pesakit dan doktor, khususnya di kawasan gersang. Kolaborasi dengan HPUNIMAS menghimpun kepakaran penjagaan kesihatan dan inovasi digital. Menjangkau lebih daripada Sarawak, kita lihat perkembangan ini sebagai suatu model yang boleh dimajukanke seluruh negara bagi menyalur penjagaan kesihatan dikemudi pakar kesihatan secara cekap kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia.”
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, “HPUNIMAS berbangga dapat bekerjasama dengan CelcomDigi melaksana inisiatif perintis ini yang memperkemas semula bagaimana penjagaan kesihatan itu dapat disalurkan, diajar dan dimanfaati. Menerusi MediRover dan MediDoc, hospital pengajar kita boleh melebarkan kepakaran merentas bukan kampus dan mencapai komuniti yang secara tradisional. Kerjasama ini selaras dengan misi HPUNIMAS untuk mengguna pakai penyelidikan dan inovasi bagi memanfaati masyarakat dan membaiki kesan kesihatan kepada semua warga Sarawak.”
Memajukan penjagaan kesihatan digital menerusi kerjasama
Pada acara pelancaran rasmi ini, CelcomDigi, UNIMAS, dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah menandatangani Perjanjian Persetujuan yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Memorandum tiga pihak ini memperkuat komitmen perkongsian untuk melebarkan akses penjagaan kesihatan dan memantap infrastruktur digital kesihatan negeri menerusi inovasi 5G dan AI.
Menerusi kolaborasi ini UNIMAS akan mengemudi penyelidikan klinikal dan inovasi dalam teleperubatan dan kesihatan mudah alih, PPUM pula akan menyediakan kepakaran khusus dan mengesahkan model penjagaan kesihatan yang dijana AI, manakala CelcomDigi akan menyalur kesalinghubungan, infrastruktur AI, dan platform kesihatan pintar.
Kesepakatan ini akan menyaksikan pihak yang terbabit membangun secara bersama dan mengembang kemampuan solusi penjagaan kesihatan pintar, merintis model hospital terkait, dan membina kemampuan tempatan menerusi penyelidikan, latihan dan perkongsian pengetahuan.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.