

Menghantar bantuan keperluantermasuk pek makanan sedia dimakan, kit kebersihan dankelengkapan dapur, WiFi dan stesen pengecas di Pusat Pemindahan Sementara
PETALING JAYA, 12 Disember2025 – Berikutan pengumuman kesiapsiagaan banjir oleh syarikat pada Oktober lalu, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) telah memulakan usaha penyaluran bantuan bencana ke kawasan-kawasan terjejas di seluruh negara bagi memastikan masyarakat terjejas kekal selamat, terhubung dan mendapat sokongan yang perlu. Usaha penghantaran barangan keperluan asas dan penyelesaian kesalinghubungan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilaksanakan dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (MRC). Bantuan ini dijangka boleh memanfaati lebih 50,000 mangsa banjir.
Pasukan CelcomDigi telah membekalkan sebanyal 60 stesen pengecas dan 80 unit WiFi ke PPSdi lapan negeri yang dilanda banjir bagi memastikan keluarga-keluarga terbabit kekal terhubung dengan yang tersayang serta mendapat perkhidmatan komunikasi penting. Pasukan operasi syarikat juga sentiasa bersiap sedia 24 jam untuk menghantar penjana kuasa secara segera ke stesen pangkalan yang terjejas untuk memastikan gangguan perkhidmatan rangkaian diselesaikan secepat mungkin.
Selainitu, CelcomDigi turut melengkapkan MRA dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD), bot penyelamat dan para sukarelawan bagi membantu penduduk yang terperangkap di beberapa kawasan banjir teruk. Syarikat telah mengaktifkan siaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berasaskan poskod yang dijana dengan teknologi AI untuk menyasarkan pelanggan di kawasan berisiko banjir. Setakat ini, lebih 5.1 juta SMS telah disiarkan untuk memberi amaran kepada masyarakat di kawasan berisiko.
Barang keperluan asas isi rumah dan peribadi diedarkan untuk membantu keluargasepanjang tempoh di PPS. Di samping bantuan yang dipelopori syarikat, warga kerja CelcomDigi juga turut meyumbang barangan keperluan memasak dan bungkusan makanan sebagai sokongan peribadi. Pakej bantuan lain merangkumi kit kebersihan umum dan kebersihan wanita, pek makanan sedia dimakan, pek penjagaan bayi, dan set kelengkapan tidur—ke semua yang dipilih untuk memberi keselesaan dan memenuhi keperluan segera.
CelcomDigi juga bekerjasama dengan pihak kerajaan dan agensi berkaitan bagi memastikan usahabantuan dijalankan secara lebih terancang dan bersepadu. Syarikat juga menyediakan sumber dan warga kerja bagi menghulurkan bantuan kepada lebih ramai lagi masyarakat di seluruh negara – sama ada mereka pelanggan, pengedar, atau rakan kerjasama – pada waktu yang mencabar ini.
Seiring dengan semua usaha ini, , CelcomDigijuga telah mengedarkan Kit Persediaan Banjir yang telah dikemaskini dan merangkumi panduan keselamatan serta senarai semak praktikal dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia menerusi platform media sosial CelcomDigi dan aplikasi CelcomDigi.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.