

PETALING JAYA, 27 Oktober 2025 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini mengumumkan pemeteraian Memorandum Kesefahaman (MoU) dengan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc), menandakan satu kerjasama strategik bagi memacu digitalisasi dan penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) merentasi kumpulan anak syarikat negeri. Inisiatif ini terhasil setelah satu siri bengkel strategik yang dikendalikan kedua-dua organisasi bagi mengenal pasti peluang utama dalam memajukan transformasi digital negeri Terengganu.
Menerusi kerjasama ini, Terengganu Inc boleh memanfaatkan kepakaran digital dan AI CelcomDigi untuk memacu perjalanan transformasi. Setelah penilaian kemampuan dilakukan terhadap 13 anak syarikat organisasi, CelcomDigi akan bersama-sama membangunkan satu Kerangka Kerja Strategik AI (AI Strategic Framework) bertujuan mengatasi dan memperkuat aspek utama dalam kesalinghubungan, keselamatan siber, infrastruktur awan, Internet Benda (IoT), dan kesiapsiagaan data. Kerangka kerja itu bakal menjadi blueprint strategik bagi memoden operasi, meningkat kecekapan, dan memperkukuh keupayaan kumpulan sejajar dengan wawasan negeri Terengganu bagi mencapai tahap ekonomi berteraskan teknologi lagi berdaya mampan.
Majlis menandatangani perjanjian disaksikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Terengganu,
YB Dato’ Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, bersama Exco Kerajaan Negeri, sekaligus menyerlah komitmen kerajaan negeri terhadap kecemerlangan digital dan pembangunan kepimpinan.
Ketua Pegawai Perusahaan Perniagaan CelcomDigi Ts. Afizulazha Abdullah berkata, "Kerjasama ini mencermin kepercayaan bahawa transformasi digital seharusnya bersifat strategik lagi inklusif. Dengan bersama-sama membangunkan kerangka AI berteraskan keperluan operasi sebenar, kita membantu Terengganu Inc bina pembentukan asas digital yang boleh menjana nilai jangka panjang. Infrastruktur lebih pintar, tadbir urus lebih mantap dan kepimpinan berteras data membolehkan khidmat dan peluang yang lebih baik dapat disalurkan kepada rakyat Terengganu. Kami berbangga dapat menyokong usaha lanjut Terengganu dalam masa hadapan digital."
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc Dato' Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun berkata, “Ketika Terengganu mara ke arah ekonomi berdaya tahan yang tinggi lagi progresif, transformasi digital kekal menjadi pengupaya utama dalam perjalanan tersebut. Kolaborasi dengan CelcomDigi menanda langkah signifikan dalam menyelaraskan ekosistem bisnes kami dengan cita-cita digital negeri yang menyatukan data, teknologi, dan kebijaksaan insan untuk memacu kejayaan lebih bermakna. Sama-sama kita membina asas kepada negeri yang lebih pintar dan lebih berhubung bagi memanfaati semua."
Kerjasama ini dibina atas usaha berterusan untuk mengenal pasti peluang yang dapat memperkukuh industri-industri utama dan pertumbuhan ekonomi negeri. Dengan mendigitalisasikan sektor teras, kedua-dua organisasi bermatlamat membuka daya keberkesanan baharu, memperkasa perusahaan tempatan dan memajukan perkhidmatan awam dengan memacu kelestarian dijana teknologi yang menyokong daya bingkas dan daya saing jangka panjang negeri Terengganu supaya sejajar dengan cita-cita digital negara.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.