PETALING JAYA, 15 Oktober 2025 – Ketika rakyat Malaysia bersiap sedia menghadapi banjir musim tengkujuh di beberapa negeri, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) meningkat usaha bagi memastikan komuniti kekal selamat, berhubung, dan menerima sokongan sepanjang tempoh mencabar ini.
Syarikat telah menyediakan bekalan keperluan peribadi dan isi rumah, kemudahan komunikasi mudah alih di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), serta pelbagai bantuan yang memberi manfaat kepada hampir 5,000 keluarga. Keperluan isis rumah seperti bahan-bahan asas masakan dan pek makanan kering juga termasuk sumbangan warga kerja CelcomDigi bagi meningkatkan lagi sokongan kepada keluarga yang terjejas.
CelcomDigi bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) dan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam mempergiat penghantaran bantuan kepada pihak yang terjejas. Sebagai usaha sokongan, CelcomDigi telah membekalkan MRA dengan kenderaan pacuan empat roda (Four-wheel drive), bot penyelamat dan sukarelawan, serta barangan keperluan seperti stesen pengecas mudah alih, bekalan air dan pam jet, set dapur dan generator. Semua bantuan ini dihantar ke kawasan yang terjejas teruk bagi memastikan bantuan segera sampai kepada keluarga terbabit. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada peruntukan RM2 juta yang dikhaskan untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir.
Bagi memperkukuh tahap kesediaan banjir seluruh negara, CelcomDigi melaksanakan beberapa tindakan proaktif bagi memastikan Ketersambungan tanpa gangguan dan kecekapan operasi seperti berikut:
CelcomDigi kini bekerjasama dengan Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan bagi menyelaras bantuan dengan lebih berkoordinasi. Syarikat bersiap siaga dengan sumber penting dan sumber manusia untuk memberi bantuan kepada lebih ramai warga Malaysia seluruh negara – termasuk pelanggan, wakil penjual, dan rakan seusaha – bagi menghadapi saat meruncing ini.
CelcomDigi juga telah mengemas kini Kit Kesediaan Banjir (Flood Preparedness Kit) yang merangkumi panduan keselamatan, serta senarai semak praktikal bagi meningkatkan kesedaran tindakan sebelum, semasa dan selepas banjir. Flood Preparedness Kit disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di platform media sosial CelcomDigi serta aplikasi CelcomDigi, Celcom Life dan MyDigi.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.