

PETALING JAYA, 4 November 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) mempertingkatkan kemudahan digital dengan memperkenalkan PayFlex yang dikuasakan oleh Boost, satu perkhidmatan Buy Now, Pay Later (BNPL) yang patuh syariah, kini tersedia dalam aplikasi CelcomDigi. Direka untuk menawarkan platform yang dipercayai dan cara pengurusan yang boleh diharapkan, PayFlex menyediakan pengalaman pembayaran yang fleksibel dan lancar.
Dengan hanya beberapa klik dalam aplikasi CelcomDigi, pelanggan boleh mengaktifkan akaun PayFlex dan mendapat akses segera kepada perkhidmatan BNPL, memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada mereka untuk mengurus kewangan mengikut gaya hidup. Sama ada untuk membayar bil pascabayar, menambah nilai kredit prabayar, atau berbelanja di lebih dua juta lokasi atau titik sentuh DuitNow QR di seluruh negara, PayFlex memudahkan pelanggan untuk membahagikan pembayaran.
Pelanggan boleh memilih pilihan bayaran balik sehingga 12 bulan dengan had kredit sehingga RM1,499, memberikan mereka lebih kawalan terhadap belanjawan masing-masing. PayFlex adalah perkhidmatan patuh Syariah sepenuhnya yang dikuasakan oleh Boost yang menawarkan pengalaman ‘bayar kemudian’ yang bertanggung jawab dan telus, dengan yakin dan terjamin.
Pelancaran ini menyokong strategi CelcomDigi secara menyeluruh untuk menyediakan aplikasi yang mampu menjadi hab gaya hidup digital sehenti dengan menawarkan lebih daripada sekadar perkhidmatan telekomunikasi. Kerjasama dengan Boost membolehkan CelcomDigi mengintegrasikan perkhidmatan kewangan secara lancar dalam kehidupan seharian, serta memperkasa pelanggan dengan lebih banyak pilihan dan kemudahan dalam mengurus transaksi harian mereka.
Para pelanggan boleh meneroka dan mengaktif PayFlex oleh Boost menerusi aplikasi CelcomDigi mereka
Maklumat lanjut mengenai PayFlex di https://cdlink.net/payflex.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.