PETALING JAYA, 27 Ogos 2025 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) dengan bangganya mempersembahkan Dari Mata Kita, sebuah filem pendek yang mengajak rakyat Malaysia menyusuri kisah harian rakyat Malaysia dari sudut pandang baharu, sambil mengeratkan hubungan sebagai sebuah negara yang bersatu.
Dari Mata Kita merupakan sebuah perjalanan yang menggambarkan jiwa dan keindahan Malaysia dari kisah-kisah sebenar yang diabadikan dari 160 bandar di kesemua 14 negeri. Menampilkan kekuatan insan melalui Rangkaian Terluas dan Terpantas No.1 Malaysia, filem ini mengetengahkan kekayaan kehidupan seharian yang sering tidak disedari. Dengan gambaran menyeluruh Malaysia yang jarang disatukan dalam satu naratif, filem ini menonjolkan insan yang jarang diberi perhatian, lokasi yang tersembunyi, tradisi yang kurang dikenali serta detik-detik harian yang mencerminkan keindahan dan kepribadian komuniti pelbagai kaum – mengingatkan kita bahawa jiwa negara hidup dalam kisah rakyatnya.
CelcomDigi percaya bahawa keterhubungan bukan sekadar teknologi, tetapi pemangkin kuat kepada hubungan insan, merapatkan jurang budaya dan memperkasakan suara dari setiap pelusuk negara. Filem ini menghubungkan rakyat Malaysia dari kota yang sibuk hingga ke kampung terpencil melalui kisah-kisah yang mungkin tidak diketahui, membuka ruang untuk kita melihat Malaysia melalui lensa insan lain.
“Di CelcomDigi, kami percaya bahawa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan sekadar masa untuk memperingati masa lalu. Ia adalah peluang bermakna untuk kembali berhubung sesama insan serta mengenali tempat-tempat yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Dari Mata Kita memperlihatkan betapa kuatnya keterhubungan apabila ia digunakan untuk mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan rakyat Malaysia agar meneroka semula keindahan dan kepelbagaian negara, membuka mata terhadap keunikan sesama kita dan merasai ikatan yang menyatukan kita sebagai satu bangsa, walau di mana jua berada,” kata Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling.
Melalui Dari Mata Kita, CelcomDigi mengajak semua rakyat Malaysia untuk berhenti sejenak, merenung dan kembali berhubung – bukan sahaja dengan tanah air tercinta, tetapi juga dengan satu sama lain. Sempena Hari Kebangsaan ini, marilah kita raikan kisah-kisah harian yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia, dan menghargai keindahan dalam kehidupan seharian yang menyatukan kita semua.
Raikan bersama CelcomDigi Gemilang Deals
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, semua pelanggan CelcomDigi boleh menikmati pelbagai tawaran hebat:
CelcomDigi mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia!
Kirimkan ucapan anda kepada rakan dan keluarga melalui:
• Video:Tonton di YouTube
• Stiker: Muat turun di Stiker.ly
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.