Newsroom

Pengalaman lebih hebat dengan pelan CelcomDigi ONE yang dinaik taraf – kelajuan lebih pantas, keselamatan lebih kukuh dan hiburan premium dalam satu pakej

December 18, 2025

PETALING JAYA, 18 Disember 2025 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini mengumumkan pelan CelcomDigi ONE yang dinaik taraf, direka untuk memenuhi keperluan isi rumah digital Malaysia yang semakin berkembang. Pelan yang diperbaharui ini menawarkan pengalaman ketersambungan yang lebih menyeluruh dengan menggabungkan kelajuan dan keselamatan yang dipertingkatkan bersama hiburan premium dalam satu langganan semua-dalam-satu, memberikan kebebasan kepada isi rumah untuk menikmati gaya hidup digital terbaik.

Bermula hari ini, pelan CelcomDigi ONE hadir dengan dua pilihan iaitu ONE Ultra dan ONE Pro yang menawarkan fiber rumah 500Mbps, talian pascabayar 5G/4G tanpa had, dan langganan Disney+ bagi memberikan pengalaman digital yang lancar, tanpa kebimbangan. Semua pelanggan pelan ONE juga akan menikmati diskaun bulanan untuk pas perantauan, pilihan untuk menambah talian keluarga serta GadgetSIM.

CelcomDigi ONE Ultra – pilihan tepat untuk keperluan rumah digital anda

Hanya dengan RM300 sebulan, pelan CelcomDigi ONE Ultra yang dinaik taraf memberikan kemudahan menyeluruh untuk isi rumah yang sentiasa terhubung. Sesuai untuk keluarga besar dengan tiga atau lebih ahli yang menggunakan pelbagai peranti dan peralatan pintar, ONE Ultra didatangkan dengan  fiber rumah 500Mbps bersama sistem WiFi mesh bagi memastikan liputan lancar di seluruh rumah. Pelanggan akan menerima tiga talian pascabayar 5G/4G tanpa had, setiap satu dilindungi dengan MobileSHIELD yang dikuasakan oleh F-Secure, memberikan perlindungan daripada panggilan scam, percubaan phishing dan ancaman dalam talian yang lain.

Pelanggan juga boleh menikmati hiburan tanpa had dengan Disney+ Premium, serta akses kepada peranti 5G terkini dan produk IoT terpilih, termasuk Nintendo Switch popular, serendah RM1 sebulan.

CelcomDigi ONE Pro – ketersambungan pintar, dipermudahkan

Bermula dari RM240 sebulan, pelan CelcomDigi ONE Pro yang dinaik taraf sesuai untuk pengguna tunggal atau isi rumah kecil dengan bilangan talian mudah alih yang lebih sedikit. Ia menawarkan kelajuan 500Mbps dengan sistem WiFi mesh bagi memastikan liputan lancar di seluruh rumah. Pelan ini termasuk satu talian pascabayar 5G/4G tanpa had dan akses kepada Disney+ Basic, memberikan prestasi dan hiburan tanpa kompromi.

Pelanggan ONE Pro juga mempunyai pilihan untuk melanggan MobileSHIELD pada hanya RM10 sebulan untuk perlindungan daripada panggilan scam, percubaan phishing dan ancaman dalam talian yang lain.

Pelanggan baharu atau sedia ada boleh melanggan atau menaik taraf ke pelan CelcomDigi ONE Ultra dan Pro yang baharu di mana-mana kedai CelcomDigi di seluruh negara atau secara dalam talian di www.celcomdigi.com/postpaid/one