Newsroom

PPUM dan CelcomDigi bekerjasama jayakan pembedahan secara langsung antara yang pertama di dunia melibatkan pelbagai negara mengguna 5G-enabled AI HoloMedicine®

December 15, 2025

PETALING JAYA, 15 Disember 2025 – Malaysia mencatat satu kejayaan besar dalam bidang penjagaan kesihatan digital apabila Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) melaksana kerjasama pembedahan ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) masa sebenar antara yang pertama di dunia, melibatkan pelbagai negara secara langsung dengan mengguna teknologi 5G, kecerdasan buatan (AI) dan realiti lanjutan [extended reality (XR)] Khamis lalu.

Pembedahan yang disiar secara strim langsung masa sebenar itu, diketuai oleh Professor Dr. Mohd Zulkiflee bin Abu Bakar, Pengarah PPUM, Pakar Otorinolaringologi and Pakar Bedah Kepala & Leher bersama Dr. Julius Goh Liang Chye, Pensyarah Kanan dan Pakar Klinikal ENT disaksikan para pelajar dan barisan pakar antarabangsa dari pelbagai institusi di Amerika Syarikat (Harvard Medical School, Mayo Clinic dan Vanderbilt University Medical Centre), dan dari merentasi Asia termasuk Korea Selatan, Bhutan, Filipina, Indonesia, Thailand, Singapura, serta beberapa negeri di Malaysia seperti Putrajaya, Kedah, Johor dan Sarawak. Kesemua yang menonton dihubungkan langsung ke teater bedah PPUM menerusi platform dikuasakan AI - HoloMedicine® Robotics XR - yang dibawa oleh apoQlar.

Transmisi secara langsung ini dipermudahkan siar oleh perkhidmatan rangkaian 5G kependaman ultra rendah CelcomDigi, menjadikan siaran tersangat lancar, serentak, dengan visual definasi tinggi sekaligus memboleh peserta memerhati langkah pembedahan kritikal dengan begitu tepat dan jelas, di samping melibat diri dalam pengawasan dari jauh masa sebenar dan membuat respon klinikal dua hala secara langsung. Prosedur bedah memapar bagaimana keterhubungan generasi akan datang boleh merubah latihan pembedahan, kerjasama klinikal dari jauh dan pertukaran pengetahuan perubatan merentas sempadan.

Ketua Pegawai Inovasi CelcomDigi, T. Kugan berkata, “Pembedahan bersejarah ini bukti kemampuan Malaysia menerajui inovasi penjagaan kesihatan di rantau ini. Innovasi dan keterhubungan 5G memboleh aplikasi masa sebenar kritikal yang mampu merubah kehidupan. Gabungan rangkaian 5G kependaman ultra rendah dengan HoloMedicine® yang dikuasakan AI dan XR memboleh pakar bedah, pendidik dan pelajar merentasi pelbagai negara bekerjasama seolah-olah mereka berada di dalam teater pembedahan yang sama. Kami, sebagai pengemudi perkhidmatan 5G Malaysia amat berbangga dapat memberi sokongan kepada PPUM merealisasi wawasan negara menjadi pusat pendidikan perubatan terkemuka rantau ini.”

Demonstrasi bersejarah ini juga memberi sorotan tentang potensi XR yang diperboleh 5G berupaya merubah pendidikan pembedahan dan kolaborasi pakar, sekaligus melenyapkan kekangan geografi yang selama ini membuat latihan perubatan lanjutan terbantut akibat akses terhad.

Pengarah PPUM, Professor Dr. Mohd Zulkiflee berkata, “Pembedahan ‘live’ ini suatu langkah ke hadapan yang besar yang menjadi petunjuk kepada corak latihan pakar bedah akan datang serta perkongsian kepakaran. Menerusi masa sebenar mengguna teknologi XR yang imersif, pakar perubatan klinikal dan para pelajar mampu melibat diri dalaam prosedur pembedahan melangkaui sempadan fizikal. Kerjasama dengan CelcomDigi memboleh kami cipta kemungkinan baharu dalam kolaborasi rentas sempadan, melebar akses kepada latihan pakar, menambah baik kemampuan klinikal dan kemuncaknya – memajukan penjagaan pesakit.”

Inisiatif tersebut memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi perubatan serta menunjukkan potensi besar yang boleh dihasilkan oleh HoloMedicine® yang didayakan 5Gdalam memacu pendidikan penjagaan kesihatan bagi generasi hadapan, menyokong cita-cia nasional untuk melebarkan kemampuan pelancongan penjagaan kesihatan dan kemampuan digital.

Terbina daripada kejayaan ini, PPUM merancang untuk melaksana siri demonstrasi pembedahan secara langsung beberapa hari berikutnya, termasuk:

  • Pembedahan Urologi, mempamer pemerhatian pembedahan dari jauh dan pembelajaran interaktif yang diperbolehkan oleh 5G dan AI HoloMedicine®
  • Pembedahan Kolorektal, membuat demonstrasi tentang kecerdasan platform XR merentas pelbagai kepakaran klinikal bagi keadaan yang berisiko tinggi
  • Kes ENT tambahan, melebar akses rantau kepada teknik bedah lanjutan dan bimbingan pakar

Inisiatif ini juga menyedia bukti penting bagaimana teknologi terbaru dapat disepadukan secara efektif dan selamat ke dalam persekitaran klinikal sebenar. Kejayaan prosedur ini juga memapar peralatan digital lanjutan boleh disesuai untuk membantu aliran kerja pembedahan, menambah jelas pengajaran, dan menyokong pakar klinik tanpa menjejas penjagaan pesakit. Ia menetapkan asas praktikal untuk hospital mengguna pakai inovasi serupa secara terkawal dan selamat secara klinikal. CelcomDigi terus memacu pendigitalan penjagaan kesihatan, memperkasa institusi melebar sempadan inovasi perubatan dan meletakkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan perubatan rantau ini.